Selamat Datang Ke Blog Kelab DR Muda Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit Kuala Terengganu.> ". Matlamat Kelab Doktor Muda ini diperkenalkan di sekolah adalah untuk memperkasakan murid-murid dengan pengetahuan dan kemahiran tentang kesihatan agar mereka dapat meningkatkan taraf kesihatan diri di samping dapat membimbing rakan sebaya, komuniti sekolah dan ahli keluarga mereka.Semoga ada manfaat yang boleh dikongsi bersama . Terima Kasih Kerana Sudi berkunjung Ke Blog Kami ...... >

Friday, 5 June 2015

Tentang KDM..

Objektif penubuhannya adalah untuk memperkenal dan mengamal kemahiran penjagaan kesihatan diri dalam kehidupan harian. Selain itu, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam mengamal cara hidup yang sihat di samping melahirkan individu yang berupaya menghindari diri daripada tingkahlaku berisiko.

Antara aktiviti yang dijalankan ahli Doktor Muda adalah sejajar dengan peranan berikut:

  • Mempromosi amalan kesihatan dalam kalangan komuniti sekolah dan setempat.
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih,sihat dan selamat.
  • Membantu memberi rawatan awal kesihatan.
  • Menggerakkan aktiviti kesukarelaan di peringkat sekolah.

No comments:

Post a Comment