- Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan BERSIH.
- Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang TEBAL di wajah.
- Bersihkan wajah dengan SEMPURNA setiap kali selepas mengunakan mekap.
- CUCI wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.
- Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang BERLEBIHAN kerana ia akan menyebabkan iritasi.
- Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! MEMICIT jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.
- Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang KOTOR. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.
- Hentikan menggunakan MEKAP ketika wajah masih berjerawat.
- Sering berganti TUALA pengelap wajah, pastikan tuala tersebut lembut dan bersih
- Lindungi kulit dari SINAR matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
- Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang LONGGAR, ringan dan dapat menyerap peluh.
- Kurangkan memakai SKARF dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.
- Dapatkan NASIHAT doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.
- Kurangkan MAKANAN yang pedas, berminyak dan berkalori.
Monday, 15 June 2015
Tips Remaja Untuk Menjaga Muka Daripada Jerawat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment